Pengalaman dengan iPhone

Fuhhh..lama juga tak post.Ok,kali ini saya post pasal iPhone 3G.Apasal post pasal benda ini,kenapa tak post pasal iPhone 5...Sebab saya ialah...saya selalu fikir kenapa iPhone merupakan smartphone No.1 terbaik didunia..dan alhamdulillah saya dapat jawapannya...rasanya lah.
Begini cerita dia.Hari itu,ketika saya berada di masjid(bulan puasa).Saya terjumpa seorang kawan baru...actually junior aku dari sekolah menengah.Berlaku perbualan antara kita..Kemudian dia tunjukkan iPhone dia.(because our conversation,untuk tunjuk gambar) .Aku pun ternganga dan terpesona apabila sentuh iPhone tersebut.Kemudian,saya minta izin untuk gunakan iPhone dia sebentar.Saja nak test feature.Dia gunakan iPhone 3Gs....

Result dia,saya faham dan mengaku ia memang smartphone yang hebat .Kenapa?
-->Touchscreen sensitive sangat..sentuh sikit je,bolih pakai application dia.Tak payah pakai "force"
-->Senang faham untuk cara gunakan-nya.Tutup sebuah application,tekan aje butang bulat itu.
-->Application yang menarik.Price around RM10-RM20...(beli di itunes store)
-->Camera dia bagus.Nampak macam ada auto-focus.Walaupun xda lampu flash,tapi gambar yang ditangkap memang cantik.
-->Best nak taip mesej/nota.Senang sikit keyboard screen dia.
-->Gallery gambar dia terbaik.Zoom gambar pun senang.
-->Tak slow.Laju apabila buka sebuah apps,tak hang ketika gunakan..
-->tak-tau apa lagi..

Apa yang tak best ialah...Bluetooth dia dan kalau tak ada duit...tak mampu beli..Itu aje..
Technical specifications

Itu yang saya dapat share.Sila comment kalau ada kesilapan atau nak tambah...

Panduan Iktikaf 10 Ramadhan Terakhir.

Saya jumpa panduan ini di facebook .Harap copy-paste post ini dan sebarkan...PS://credit saya tau..

Definisi I’tikaf:

Dari segi bahasa: I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.

Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)

Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:

Dalil al-Quran:
وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ البقرة : 187
“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mesjid”(Al Baqarah : 187)

Dalil-dalil As-Sunnah:

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata:
كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِى قُبِضَ فِيهِ اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[HR. al-Bukhari no. 2044 ]

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. al-Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Hukum I’tikaf

Al-Imam Ibn al-Munzir berkata: Para ulama’ telah bersepakat/ijma’ bahawa I’tikaf adalah sunat, dan bukan kewajipan kecuali jika seseorang bernazar mewajibkan dirinya untuk melakukan I’tikaf [Al Mughni, 4/456 ]

Al-Imam Ibn Arabi al-Maliki dan Ibn Batthal rahimahumallah menyatakan bahawa I’tikaf merupakan sunnah muakkadah/sunat yang sangat dituntut kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tidak pernah meninggalkannya.

Waktu I’tikaf

I’tikaf boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan ia sangat ditekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sentiasa melakukannya.

Batasan Waktu:

Ulama’ bersepakat bahawa I’tikaf tidak mempunyai had masa maksima, akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu I’tikaf.

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
“Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’, 6/514]

Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Ab Hanifah dan sebahagian ulama’ Maliki berpendapat tempoh minima ialah satu hari. [Majmu’ al-Fatawa 15/441]

Di Manakah Lokasi I’tikaf?

Penggunaan Linux dari dulu sehingga sekarang

Anda pernah gunakan Linux punya OS.Kalau saya,saya pernah gunakan Ubuntu.Memang menarik dan simple. Saya ajak awak pun cuba gunakan.OS dia free.Official download .Berikut adalah fakta mengenai pengunaan Linux.Enjoy...


Sumber

Android VS iOS


Apakah perbezaan antara Android dan iOS(operating system iPhone / iPad)


Sumber

Perkara yang tidak saya suka ketika pergi blog lain.

Saya suka blogwalking.Sebab apa?. Saje je,just nak cari inspiration untuk posting,comment blog post,dan tinggalkan link blog saya.Akan tetapi,saya akan tension ataupun kurang suka apabila pergi ke sebuah blog yang ada perkara ini.

1.Buka blog je,Mesti music akan dimainkan.
   -Apa sebenarnya mainkan music,dengar sendiri-sendiri sudah laa...ramai tidak sukakannya.Buat visitor lari aje.

2.Banyak sangat advertisement dimerata-rata blog.Nampak sangat nak duit.

3.Blog Gelap. Artikel pun tidak jelas apa yang ditulis.Nampak sangat copy-paste.

4.Suka letak gambar duckface....

5.Blog post panjang sehingga tidak larat nak bacakan-nya.

6.Lastly,kalau ada benda ini di shoutbox.Saya takkan follow blog dia,melainkan ia blog yang menarik.
"Follow saya,then saya follow awak"..
Follow pun,sedikit yang follow kita balik...realiti perhaps?

itu sahaja...comment kalau nak tambah/kritik

Basikal Fixie

Fixie adalah sejenis basikal selain dari BMX,Mountain Bikes,dan basikal biasa.Tetapi,apakah yang membuat kan ramai remaja termasuk saya tertarik dengan basikal yang nampak simple ini? Dan sanggup beli basikal ini walaupun harganya yang paling rendah pun RM4$$.$$ ? . Kalau tanyakan saya,saya minat pada basikal ini sebab design yang simple ini,dan pilihan warna yang pelbagai. Sebagai contoh Blog ini telah mempamerkan pelbagai gambar Basikal Fixie.Ataupun cuba anda search di Google Images.Mesti anda akan sukakan-nya.
ataupun video ini
Disebabkan ini,saya pun pergi ke kedai basikal yang berdekatan rumah saya.First impression was

with the price.Then,saya perasaan basikal ini tidak ada brake.Jadi,anda perlu hentikan basikal anda dengan kaki anda.Tapi,saya lihat,tokeh kedai basikal-pasang brake pada basikal fixie yang lain.So,pay more lah !!!.hahahahha..Dan saya baru faham sebab nama basikal ini adalah fixie,sebab gear basikal ini jenis fix.So,kayuh basikal non-stop dan dangerous.So,pastikan anda ada kawan yang mahir basikal ini,untuk belajar gunakan.(kalau xda brake la.)
brake fix
Ini fakta berkenaan tentang fixie.Credit Arl Suarez
1. Basikal Fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
2. Basikal Fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
3. Untuk memberhentikan basikal Fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
4. Sesetangah penunggang Fixie berpendapat basikal Fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
5. Basikal Fixie tidak mempunyai gear.
6. Harga basikal Fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
7. Penunggang Fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal Fixie beramai-ramai.
8. Seperti basikal BMX, Fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
9. Basikal Fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
10. Sesetengah penunggang berpendapat menunggang Fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

Ini link komuniti yang minat pada Fixie -Grafa.
Berikut adalah video trick yang anda boleh lakukan pada fixie,jika anda ada,dan berani lakukannya.

Untuk pengetahuan anda,saya tidak ada fixie lagi.Buat apa.Kalau ada keperluan untuk gunakan basikal di UIA,then fikir pasal fixie aje la.hahaha.Itu sahaja setakat ini.

Fakta tentang YoYo


Pernahkah anda main YoYo? Nak kata pernah sekali kanak-kanak,remaja di Malaysia main YoYo seperti Durian season.Siap ada cartoon mengenai YoYo di NTV7.Tetapi,tahukah anda sejarah disebalik YoYo ini?
Ditulis dalam sejarah bahawa YoYo telah wujud pada zaman Greek pada sekitar tahun 500bc(sebelum masihi).Perkara ini mereka jumpa di pasu-pasu hiasan,artifak and etc..
Selain itu,dikatakan pada kurun ke-16 di Filipina,pemburu di hutan gunakan YoYo untuk menangkap haiwan.Bagaimana itu? Di France,YoYo dipanggil sebagai "bandalore".Dan perkataan YoYo ini juga datang dari bahasa filipina.Menarik kan?

Sumber

Cara china block IP address


Di Malaysia,Dr Rais Yatim arahkan kerajaan untuk tutup filesharing.So,ramai pengguna Internet tidak dapat access website tersebut kerana TM/broadband service yang lain telah block IP address website tersebut.Tetapi,terima kasih kepada hacker di Malaysia ajar cara bypass IP address.Banyak senang punya hack.Tetapi,di China saya rasa,method ini tidak bolih dipakai.Sebab,Firewall dia kuat sangat.Tukar nombor IP pun,Server di China akan tahu rasanya lah.Video ini,tunjuk bagaimana cara kerajaan china block website .


Aku rasa method ini bagus untuk tutup website lucah,tetapi janganlah tutup filesharing.Saya bukan orang kaya.

Fakta menarik tentang Google


Siapa disini tidak kenal Google.Jika tidak,sila buka Internet ataupun ^$^&R&(*)(...oppssss
Kita tahu apa itu Google,tetapi tahukah anda berapa orang gunakan google setiap hari?...Berapa Server dia gunakan...? ,Pelaburan/Economy dia?

Saya ada jumpa satu video di Youtube. Marilah kita sama-sama tambah general knowlegde kita.
Tetapi cuak saya ketika tengok video ini,dan buatkan risau.kenapa? Awak tengok dulu.Pastu komen kerisauan anda.

Template blog blogserius

Ok,siapa nak?
It very simple,template dia ada disini sini .First,download.Kemudian,edit la .Sila baca instruction dia dahulu. Almost,it takes 1 hour 30 minutes,to edit completely.(for ameteur )

Kehidupan seorang programmer


Perubahan zaman Video game


beza antara Wordpress dan Blogspot


Saya dari hari pertama gunakan blogspot sehingga sekarang tertanya-tanya diriku apakah perbezaan antara wordpress dan blogger/blogspot.Jadi,since ada banyak masa yang terluang saya pun sign-up di wordpress untuk research sendiri.Lepas buat satu link,keluar lah dashboard.Terus aku freeze.Sebab tak tahu nak buat apa.Banyak sangat option,sampai tidak tahu apa fungsi dia.Jadi,saya pun baca tutorial yang diberikan.
Apa yang saya suka dengan wordpress ialah option "Appearance".Dimana disini kita boleh buat setting widget,background,header,theme blog kita menjadi lebih senang.Tidak perlu fikir banyak mengenai HTML coding. Dan widget dia just drag and drop je.Tidak perlu copy-paste HTML code.Wordpress sudah ada widget yang ramai blogger akan gunakan. Contohnya di bawah .
                                        PS://widget bergantung pada theme yang anda gunakan..
Selain itu,kalau kita nak cari template,Wordpress sendiri ada banyak template.Kebanyakkan template dia lagi cantik dari blogger punya.Serious !

Akan tetapi apa yang saya tak suka dengan wordpress ialah bahagian customize theme dia.Iaitu user tidak boleh edit code HTML template dalam wordpress sebagaimana kita edit HTML kat blogger. Kena edit pakai software dia.Jadi kena pandai PHP la,untuk guna wordpress.Oh great..("-)

Conclusion,Blogger sesuai untuk non-IT related person dan Wordpress sesuai dengan orang yang pengalaman dalam bidang web develepor/web design/IT students..Btw,ini dari prespective saya,jika anda rasa wordpress terbaik,sila comment.Saya pun nak tahu juga,

Bagaimana iPhone berfungsi

Bukan sahaja iPhone,tetapi musuh-musuhnya juga.Post ini mengenai cara touchscreen dia berfungsi.

credit fikri

Jenis-jenis blog di Internet


Saya galakkan para follower dan pembaca blog saya untuk buat blogwalking.Kenapa? supaya anda akan tahu blog-blog yang ada di dalam dunia internet.Pelbagai jenis blog saya jumpa ketika saya blogwalking.Berikut adalah jenis-jenis blog yang kemungkinan anda akan jumpa.

1.Blog buat sideincome - orang yang buat blog ini,bagi saya dia tidak ikhlas.Hanya semata-mata nak buat duit.Dengan iklan nuffnang/affiliate merata-rata skrin.Siap suruh klik.promote join MLM.

2.Blog comic - blog yang penuh cerita lawak siap dengan gambar begini,ataupun cerita rekaan yang menarik untuk dibaca.
3.Blog Islamic - blog ini selalunya ustaz/student yang islamic buat.Aku suka blog jenis ini.Mereka express benda yang patut kita buat,dan selalu memperingati kita.Siap dengan dalilnya.

4.Blog cute - blog jenis ini selalu banyak follower,sebab blogger dia adalah perempuan.Buka blog dia je,keluar muka perempuan itu siap bermakeup.hahahhaha.Sesetengah blogger perempuan letak gambar "duckface" version.

5.Blog politik - blog ini penuh kritikan parti yang dia benci,dan selalu support pemimpin parti yang dia suka.Dan selalu promote kebaikan dibuat oleh parti dia.

6.Blog fakta - saya suka blog ini.Banyak benda saya tahu.Selalu present information dengan infographics dan gambar2.Tapi make sure janganlah panjang post whole page.Orang lari la...

7.Blog tutorial - blog ini sesuai untuk orang yang nak belajar sendiri.Ramai menyukainya.Penuh dengan tutorial mengenai komputer,blogging,coding,dan macam2 lagi.

8.Blog Business - business online.Jual produk dengan modal yang tidak mahal.Beginner level for online shop.

9.Blog Rojak - somehow seperti blog aku la.hahha.Campur je...

10.Blog kutuk orang/gossip - artis/classmate/pemimpin/kerajaan/makanan/sekolah dan macam2 lagi.

11.Blog photography - blog ini penuh dengan gambar yang menarik yang ditangkap oleh photographer sebagai hobby dia,dan gambar2 yang menarik dari orang lain.

kalau tau apa-apa lagi selain jenis-jenis ini.Comment aje.Saya nak tahu juga

Jenis-jenis buah kurma/tamar

Saya terfikir buat benda ini apabila terfikir apa nak makan waktu buka pusa.hehehhe
Selalu,umat Islam digalakkan untuk berbuka puasa dengan buah tamar/kurma.Tetapi,tahukah anda,ada banyak jenis buah kurma.Saya search kat google.Dan ini saya jumpa.

kalau nak lagi info pi la website berikut

Google Translate hate BN

Aku jumpa satu post kawan kat fb.Dia suruh translate ayat ini kepada bahasa melayu.Rasanya apa keluar?
Do not snatch philippines money
The people of bangladesh are angry
pakistani people hate national row
 

Kepandaian kanak-kanak zaman sekarang

Kalau lihat zaman yang moden ini,kanak-kanak sekolah terutamanya cepat belajar mengenai IT dan lebih hebat dari parent's mereka.Mereka amal apa yang mereka belajar.Hebat kan.Tapi kadang2 bahaya juga.Nak tahu kenapa..Tgk comic ini. Ini berlaku ketika Si ayah bawa anaknya ke kedai yang jual Movie DVD.Yang ada kat JUSCO-SPEEDY..
PS: pandai2 lah tarbiyah anak-anak anda

Kenapa Iklan TV8 Ramadhan Kena Banned


Aku tak faham kenapa iklan yang dibuat oleh TV8 mengenai Ramadhan kena banned.Ramai kata ia tak sesuai,racist,bla bla bla.Seriously,ia tak logik.Nampak sangat masyarakat tidak matang lagi....For me,ia tak apa la,kreatif,sesuai dengan tv8 theme. Non-Muslim faham kenapa Orang Islam Berpuasa....
Sila komen kalau anda tahu kenapa ia banned

Ini video yang kena banned..

Kereta Bugatti model baru

Pernahkah anda tengok Bugatti ?.(Kat Malaysia mana ada orang beli.)
Seperti anda tahu,Kereta ini adalah salah satu kereta yang paling laju di dunia dengan top speed 408.47 km/h.Harga >RM5,000,000.00...Sekarang,jom tengok Bugatti baruyang ada 4 pintu.Namanya ialah Bugatti 16c Galibier ( Bugatti sedan will have 16 cylinders, four seats, and a $1.4 million price tag )

Nampak macam Rolls Royce Phantom aje...Rasanya Yang diPertuan Agong mungkin ada hajat nak beli kalau dipromote oleh company itu sendiri....
Rasanya dari ipoh ke kl setengah jam kot journey dia....lol....
Sumber

Lelaki wajib menyimpan janggut

Dr.Zakir Naik
Sejak kebelakangan ini,saya terima banyak pressure mengenai menyimpan janggut...Mereka katakan saya ini masih muda,dah tua simpan la janggut.Ada yang sindir saya.Sesetengah kata "trim" aje.Apabila saya tanya trim macam mana? .Nak kata explanation "trim" dia macam nipiskan misai...baik cukur janggut ataupun simpan dengan panjang satu inci. Macam-macam dilema saya hadapi...

Sahabat-sahabat lelaki sekalian,setiap lelaki Islam wajib menyimpan janggut.Dan kalau nak trim,pastikan janggut itu panjang dia segengam tangan anda,dan selebihnya potong.Misai itu lah kena trim/cukur. Hukum mencukur janggut adalah haram.Mazhab Hanafi,Shafiee,Maliki,dan Hanbali tegas dalam perkara ini. Saya ada beberapa dalil yang support perkara yang penting ini. Bukti dari Quran dan Hadith.Tujuannya adalah untuk perbezaan kita antara yahudi dan Majusi(menipis misai dan menyimpan janggut).Ia adalah amalan para nabi AS dan para sahabat.

Ini sumber saya. Ambil masa untuk bacanya,kemudian fikirlah....ebook ini cerita kenapa lelaki muslim wajib menyimpan janggut dan kelebihannya serta dalil-dalilnya.Saya dah ada buku ini,dan puas hati dengan penerangan oleh Maulana Zakariyya
PS://some of my malay friends dont have beard because due to genetics...its ok...


Ini adalah video dari YouTube, menceritakan kepentingan menyimpan janggut dan panjangnya

Dr.Zakir Naik-panjang janggut

4 Mahzab wajibkan menyimpan janggut

Khasiat janggut

Setakat itu sahaja kali.....nak copy paste pun ok...

Tips ketika bulan Ramadhan part2

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.Syabaan telah tinggalkan umat Islam.Bulan yang dinantikan telah tiba.Rasullullah SAW telah mengajar umatnya amalan ketika berpuasa di Bulan Ramadhan.Banyak Bonus pahala diberi,dan banyak pengampunan dosa oleh ALLAH SWT. Jadi banyakkan buat ibadah wajib dan sunat.Kurangkan perkara yang sia-sia.Lihat gambar di bawah ini.Gambar in cukup jelas apa yang perlu kita buat dan tinggalkan selama 30hari.....
(Kalau ada printer,print gambar ini,photostat.Kemudian edarkan kepada semua orang.)
Lagi satu perkara,waktu buka puasa.Jangan makan macam tak pernah makan...Video ini tunjuk gelagat kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Life Is Simple LA! © Life-Is-Simple-LA!!!-2010-till now.