Semak Kiblat dengan cara tepat

Credit to Bro haithrus from IM.com.my
Pada 16 Julai 2011 ini, akan terjadi satu fenomena istimewa. Fenomena tersebut disebut “Fenomena Matahari Di Atas Kaabah“.

Semasa terjadinya fenomena ini, semua umat Islam di seluruh dunia berpeluang menyemak arah kiblat dengan tepat.

Fenomena ini berlaku apabila Matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Ia berlaku sebanyak 2 kali setiap tahun. Pada tahun ini (2011), fenomena ini berlaku pada tarikh berikut ;

1.28/MEI/2011 pada pukul 5.16 Petang (Dah lepas)
2.16/JUL/2011 pada pukul 5.28 Petang (Jangan lepaskan peluang!)
* Tarikh dan Masa adalah mengikut waktu Malaysia.

•Apa yang berlaku ketika tarikh dan masa tersebut?
•Bagaimanakah cara untuk menyemak arah kiblat?

1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata.




2. Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
3. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi.
4. Pastikan kawasan tersebut , matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung oleh apa-apa objek lain.
5. Pada tarikh 16/Julai/2011 (Sabtu), tunggu ditempat yang anda telah sediakan (seperti langkah diatas) sehingga pukul 5.28 petang.
6. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
7. Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
8. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.



Ayuh, jangan lepaskan peluang baik ini…


Image

Uploaded with ImageShack.us

Image

Uploaded with ImageShack.us

Image

Uploaded with ImageShack.us

Image

Uploaded with ImageShack.us
Image

Uploaded with ImageShack.us

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Life Is Simple LA! © Life-Is-Simple-LA!!!-2010-till now.